ABOUT GOMS AUTO SERVICES
Bengkel kereta Wangsa Maju, Kuala Lumpur. GOMS Auto Services Wangsa Maju menawarkan servis: Maintainance service, tukar spare parts, tukar tayar, overhaul service, repair breakdown dll.
Walk-in atau set appointment dengan mekanik kereta kami yang berpengalaman.
Waze: GOMS Auto Services Bengkel kami berdekatan dengan kawasan: Wangsa Maju, Wangsa Melawati, Taman Melawati, Taman Melati, Taman Keramat, Gombak, Batu Caves dll Kami juga menyediakan khidmat pick-up untuk kawasan berdekatan. Terhad 10 KM dari bengkel kami”
Apabila anda membawa kenderaan anda ke Goms Auto Services, anda boleh berehat kerana mengetahui bahawa kenderaan anda berada di tangan profesional.
Kami mengambil setiap langkah yang mungkin untuk memastikan pengalaman anda bersama kami adalah menyenangkan dan cekap.
Kami memahami bahawa kesejahteraan ialah konsep pelbagai rupa, itulah sebabnya kami menawarkan penyelesaian holistik yang menyepadukan kecergasan fizikal, mental dan rohani.
Dengan sanitasi yang ketat dan pemeriksaan kualiti, kami menjaga kereta anda dengan baik di Goms Auto Services. Terokai rangkaian perkhidmatan kami seperti Waranti lanjutan, bantuan Tepi Jalan untuk mengetahui lebih lanjut.
Engine Repair
1
+
Auto Engine Tuning
1
+
Body Repairing
1
+
OUR SERVICE LIST
Kenapa Pilih Goms Auto Services
Pakar Dalam Pelbagai Jenis Kenderaan
Goms Auto Services memiliki kepakaran dalam servis dan pembaikan pelbagai jenis kenderaan termasuk kereta buatan Jepun, Eropah, dan tempatan. Pasukan kami terdiri daripada mekanik bertauliah yang berpengalaman luas dalam bidang automotif.
Jaminan Kepuasan Pelanggan
Kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami. Goms Auto Services memberikan jaminan ke atas kerja pembaikan dan ganti alat. Kami juga bersedia menerima sebarang aduan dan akan menanganinya dengan penuh tanggungjawab.
Pelbagai Servis Di Bawah Satu Bumbung
Daripada servis penyelenggaraan biasa, penukaran minyak enjin, baik pulih brek, penghawa dingin, hingga pemeriksaan sistem enjin – semuanya boleh dilakukan di bengkel kami tanpa perlu ke tempat lain.
Harga Berpatutan & Telus
Kami menawarkan harga yang kompetitif dan telus tanpa caj tersembunyi. Setiap pelanggan akan diberikan penjelasan lengkap mengenai kos dan jenis kerja yang dilakukan sebelum sebarang tindakan diambil.
Peralatan Moden & Teknologi Terkini
Kami menggunakan peralatan diagnostik terkini untuk memastikan setiap pemeriksaan dan pembaikan dilakukan dengan tepat dan efisien. Ini memastikan kenderaan anda diperbaiki mengikut standard tertinggi industri.
Ruang Menunggu yang Selesa
Kami menyediakan ruang menunggu yang bersih dan selesa dengan kemudahan WiFi dan minuman ringan untuk pelanggan yang menunggu kenderaan mereka diservis.
CLIENTS TESTIMONIAL
Apa Kata Pelanggan Tentang GOMS AUTO SERVICES
"Awesome service! Staff semua friendly! Open time chinese new year…emergency tayar pancit sebab paku. Nasib baik bengkel ni bukak. Tq tq!"
Wada Kamarudin
Wangsa Maju
"Sy dah bnyk kali datang buat kereta kat sini... Alhamdulillah semua tiptop... Kalau ade masalah dngn kereta dorang selalu akn explain dulu ape yg masalah & penyebab, dan cara atasi masalah tu pon dorang tlg guide... Memang bnyk membantulah.... Yg penting harga x yahudi😚😚😚"
Wan Nadia
Wangsa Melawati
"Overall service memang terbaikk!!Siap jual engine oil utk performance Amsoil 👍👍,tak semua bengkel ade minyak ni.Kadang ii bengkel ni pun bukak time malam sape ade emergency time malam bole try contact bengkel bukak lagi ke tak"
Aiman
Taman Keramat
"Pomen kat sini the best sbb dia check kereta kita satu2. The best part is diorang jujur. Tak nampak langsung nk tipu ke apa. Check kereta haritu ad bunyi tikus pomen check ketatkan belting je and masalah tu hilang. Diorang charge RM 30 je, totally worth it. SUPERB SERRVICE✨🔥👍👍👍👍"
Muhammad Amirul Firman bin Raban
Gombak
"Rekemen sangat bengkel ni. Pekerja mahir. harga berpatutan. memang terbaik sangat. tolong kawan kawan support ya bengkel ni.. mmg 5 stars"
Norashikin Ahmad
Batu Caves
"Dapat tahu kedai ni sbb Cari kt Google area yg dekat yg Ada full star , okay service terbaik , explain satu² apa yg Akan Dibuat , tk de la customer clueless lagi² perempuan 👍, keep it up! 👍🔥 Dh service 2 Kali dah kt sini."
Balqis Othman
Taman Melati
"Terbaik. Trusted mechanic. Kalau repair yg mahal mekanik akan call dulu inform sebelum proceed repair. Boleh bayar 2 kali. 😅"
Farhani Shamsudin
Taman Melawati
Rate this page